Perkara yang sering kita dengar dari orang ramai yang tidak
tahu apa itu Silat dan perkara yang berkaitan dengan Silat ialah Silat mengajar orang
menjadi jahat. Betul kah begitu?
Kita mengajar murid serang dan bela kerana itulah konsep
sebenar daripada BELADIRI. Adakah itu bermakna kita juga mengajar mereka
menjadi orang yang ganas dan jahat?
Begini...
Kalau kita hanya mengajar murid bagaimana cara bergaduh
semata-mata mungkin mereka akan menjadi ganas dan jahat.
Akan tetapi, Silat Lintau memberikan penekanan yang tinggi
kepada penjagaan diri, ketrampilan diri, dan menghormati orang lain disamping
ilmu mempertahankan diri dari serangan musuh yang menyebabkan akhirnya mereka
lahir sebagai pesilat yang berhemah tinggi, mempunyai perwatakan yang mulia dan
baik.
Hakikatnya...
Mereka yang nakal, ganas dan degil sebelum belajar Silat
Lintau akan berubah menjadi seorang yang TENANG dan MESRA serta
MENGHORMATI kehidupan seluruh makhluk Allah diatas bumi.
Kalau sudah begitu, apakah Silat mengajar keganasan?
Sama sekali tidak
Hantar anak2 anda belajar Silat Lintau sekarang
Klik disini >>> PENDAFTARAN
No comments:
Post a Comment