Friday, 19 February 2016

Untuk Apa Kita Belajar Silat

Kita belajar Silat bukan untuk jadi samseng. Kita belajar Silat kerana kita nak jadi orang baik. ~ Dr. Kamal Shah
 

Berikut ialah sebahagian dari transkripsi ucapan Dr Kamal Shah kepada pelajar2 di SMK Tok Janggut suatu ketika dahulu. Untuk mendengar sepenuhnya ucapan beliau, sila lihat di laman video. 

Peranan seorang Pendekar bukan sekadar bersilat, bukan sekadar bertumbuk, bukan sekadar sepak terajang, bukan sekadar pukul orang. Kita jadi Pendekar bukan nak jadi orang jahat, kita jadi pendekar untuk mempertahankan maruah, kita jadi pendekar untuk mempertahankan harta, kita jadi pendekar untuk mempertahankan nyawa, kita jadi pendekar untuk mempertahankan kampung halaman kita, watan kita, negara kita, kita jadi pendekar untuk mempertahankan agama kita.

Apabila kita sebut kita jadi pendekar untuk mempertahankan agama maka kita jadi jadi pendekar ini maknanya kita mempertahankan kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH S.A.W. 

Apabila kita kata kita mempertahankan kalimah maka segala apa yang terkandung didalam Al-Quran, segala apa yang terkandung didalam Hadis-hadis Nabi S.A.W. segalanya kita pertahankan, kita dirikan, kita bangunkan, kita jiwai dan kita amalkan dalam kehidupan kita.

Maka seorang Pendekar yang benar-benar Pendekar itu dia tidak akan melakukan maksiat, dia takkan berbuat dosa, dia tidak akan minum arak, dia tidak akan berjudi, dia tidak akan berzina sebab dia tahu benda itu haram. 

Seorang Pendekar itu seorang yang memahami Firman Allah didalam Surah Aali Imran : ayat 110 iaitu

3:110 

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, jika kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang mungkar, serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

Selain itu juga, seorang Pendekar itu mesti mempunyai kualiti yang lain lagi iaitu: 

Sentiasa ingat kepada Allah iaitu menjadi seorang yang bertaqwa kepada Allah kerana erti dari perkataan taqwa itu sebenarnya adalah seorang yang 'god conscious' iaitu seorang yang sentiasa berada didalam keadaan sedar dalam tidur dia, dalam gerak dan diamnya, dia sentiasa ingat Allah dalam hati dia dan dia tahu bahawa Allah sedang memerhatikan segala tingkah lakunya sepanjang masa. 

Sebab apa? Sebab dia tahu bahawa Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 152

  2:152ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

Pendekar yang sebenar-benar pendekar... adalah orang yang mencontohi Nabi Muhammad S.A.W. dan ahlul bait... serta sahabat baginda, tabi'ien dan tabi'iet tabi'ien. 


Kita tidak melaungkan semangat kebangsaan atau apa-apa slogan yang tidak melambangkan keislaman kita. Sebagai Muslim, kita mempunyai identiti kita sendiri dan identiti kita sebagai Pendekar bukan lah identiti yang bersandarkan kepada fahaman perkauman yang sempit.  Sesungguhnya Islam itu agama universal.

 

Adat DiJunjung
Agama Di Kilek
Adat Basandi Syaraik
Syaraik Basandi Kitabullah.

No comments:

Post a Comment