Pembuli adalah manusia paling dajjal dan paling tak berguna sewaktu anda dan saya berada di sekolah dahulu, tak gitu?
Hmm ...
Mereka masih wujud hari ini!
Malangnya, masyarakat kita masih menghasilkan pembuli. Samada mereka ini wujud atau tidak, itu tidak penting ...
... Yang lebih penting ialah bagaimana untuk membantu anak anda menghadapi mereka.
Terdapat beberapa kaedah yang mudah dan berkesan untuk menangani masalah buli melalui Silat Lintau dan kaedah tersebut bersifat 'aman'. Kami mempunyai falsafah yang amat berkesan dalam menangani situasi begini:
"Hadapi si-pembuli dengan yakin, dan mereka tidak akan menganggu lagi."
Ianya bukan bermaksud bahawa anak anda perlu menghayunkan penumbuk atau sepak terajang kepada mereka. Tidak sama sekali.
Apa yang dimaksudkan adalah; jawapan yang terbaik untuk pembuli adalah untuk melihat mereka di mata, dan menunjukkan kepada mereka bahawa anda tidak takut.
Ini adalah SANGAT mudah untuk dilakukan apabila anak anda benar-benar tahu bahawa dia boleh mempertahankan diri sendiri.
Jadi, pengajaran besar yang pertama dalam menangani pembuli untuk anak anda ialah:
Pastikan mereka tahu bagaimana untuk mempertahankan diri mereka sendiri!
Jika mereka tidak berpura-pura untuk menunjukkan mereka tidak takut kepada pembuli - ia akan menjadi 1000x lebih berkesan.
TETAPI ...
Ada satu pelajaran yang lebih kuat yang ditanamkan disitu!
Kemahiran mempertahankan diri adalah cara yang paling mudah untuk menakutkan pembuli.
Dan sebab itu, adalah apabila anak anda tahu mereka boleh mempertahankan diri sendiri - mereka secara automatik akan berasa kurang takut ... Dan perkara yang PALING ditakuti oleh seorang pembuli adalah seseorang yang tidak takut kepada mereka!
Berikut adalah manfaat "tersembunyi" yang disemat dalam pelajaran Silat Lintau ...
Apabila anak anda berasa SELAMAT - mereka secara automatik akan menjadi lebih yakin.
Mereka berdiri dengan keyakinan ... lebih lantang bersuara ... mengambil lebih banyak risiko ...
Pembuli boleh merasai keyakinan yang terdapat pada anak anda dengan mudah!
Mereka mesti dapatkan keyakinan itu - lagi pun - seorang kanak-kanak yang tenang & yakin tidak akan membenarkan dirinya dibuli atau diperlakukan sesuka hati.
Ironi disebalik ini ialah, bukan sepak terajang dan menumbuk seperti juara yang menjadikan seni mempertahankan diri begitu kuat ...
Yang menjadikan anak anda kuat ialah KEYAKINAN YANG TERPANCAR dari raut wajahnya yang dia sendiri tidak perasan.
Keyakinan diri mereka akan terpancar secara automatik bila ianya diperlukan.
Oleh itu, jika anak anda menghadapi masalah dengan pembuli, inilah nasihat saya:
PERTAMA ...
Daftarkan mereka dalam Program Akademi Seni Beladiri Lintau. Insya Allah masalah buli mereka akan hilang dalam beberapa minggu sahaja.
KEDUA ...
Jika mereka telah mendaftarkan diri di Akademi kami - dan masih mempunyai masalah dari pembuli - siasatlah apa kah yang menghalang mereka daripada menjadi benar-benar kuat dan yakin.
Bantu mereka mengembangkan dan menyuburkan harga diri mereka supaya mereka dapat menghindarkan diri dari pembuli lagi. Jadikan si pembuli segan untuk merapatkan diri dengan anak anda.
Saya cadangkan gabungan kedua-dua ini. Gabungan diantara Silat dan sokongan ibubapa secara positif amat berkesan. Saya telah melihat kanak-kanak membesar dan berkembang dengan cara yang menakjubkan kerana mempunyai asas yang kukuh di rumah ...
... Ditambah dengan dengan pelajaran hidup dan beladiri yang didapati daripada Seni Silat Lintau. Anak anda akan dilihat sebagai seorang yang tidak boleh dipermainkan atau dibuat sesuka hati.
Catatan tambahan: Seperti biasa, kelas kami terbuka kepada kanak-kanak daripada semua kaum.
Jika anak anda masih belum didaftarkan dengan kelas kami, klik di sini untuk mengetahui semua tentang program kami.
Rebutlah peluang ini sekarang dan daftarkan anak anda bersama Akademi Seni Beladiri Lintau
HAPUSKAN PEMBULI DENGAN SILAT LINTAU.
No comments:
Post a Comment