Sunday, 7 February 2016

Perubahan Silibus.


Silibus Silat Lintau yang terbaru kini sedang dikemaskinikan. Silibus sebelum ini untuk pelajar sekolah dan IPT akan dirombak sesuai dengan keputusan yang diambil setelah pertemuan dengan Tuo Silek pada 8 Jun 2015.

Silibus ini dirombak untuk memudahkan pelajar mempelajari Silat Lintau dari aspek beladiri. Silibus Silat Lintau tradisional masih lagi diamalkan di gelanggang pusat dan hanya diajar kepada mereka yang sudah mengisi adat sahaja.

Disebabkan pelajar sekolah tidak mengisi adat maka silibus baru yang lebih sesuai untuk mereka mempelajari asas Silat Lintau perlu diadakan. Setelah belajar Silat Lintau disekolah, murid boleh lah jika mahu, mengisi adat dengan Guru.

Silibus juga disusun untuk membentuk sahsiah diri pelajar supaya menjadi insan yang berdisiplin, berketrampilan dan memiliki sifat kepimpinan sesuai dengan kehendak dan tuntutan Islam dan negara Malaysia.

Objektif silibus ini antara lain ialah untuk

OBJEKTIF
1. Membentuk insan yang berdisiplin
2. Menerapkan nila-nilai murni kepada diri pelatih
3. Membina sahsiah diri mulia dalam diri pelatih
4. Menonjolkan imej yang baik pada pertubuhan amnya
5. Memiliki sifat kepimpinan yang jitu.

Semoga silibus baru ni berjaya menghasilkan visi dan misi pertubuhan melahirkan pendekar yang beriman - bertaqwa dan beramal.

No comments:

Post a Comment