Thursday 29 November 2018

BENGKEL SENI SILAT LINTAU

Bengkel Seni Silat Lintau telah diadakan di Gelanggang Utama Pertubuhan Seni Silat Lintau Pasir Puteh pada hari Sabtu, 24hb November 2018.

Bengkel yang disertai oleh lima orang pelajar dari SMK Dato Ismail dan SMK Sri Aman telah berjaya memberi pendedahan mengenai konsep langkah, serang dan beladiri.

Di akhir sesi bengkel tersebut, pelajar telah mempamirkan permainan dengan baik sekali.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan tidak lupa kepada ibubapa pelajar yang menyertai bengkel tersebut.





















Monday 5 November 2018

2019 BERMULANYA SILIBUS BAHARU

Bermula tahun 2019, silibus baharu Silat Lintau akan mula diperkenalkan di semua peringkat iaitu di sekolah, IPT, mahupun di Gelanggang diluar sekolah. Syarat mempelajari Silat Lintau adalah sama dengan adat berguru yang diamalkan di Tepi Selo sejak sekian lama dan telah diamalkan di Pasir Puteh sejak tahun 2016 lagi.

Seperti yang telah diketahui umum, Silat Lintau yang dikembangkan di Pasir Puteh, Kelantan ini merupakan Silat Lintau yang ASLI, berasal dari Nagari Tepi Selo, Kecamatan Lintau Buo Utara, Sumatera Barat, Indonesia. Hal ini telah disahkan oleh pewaris Silat Lintau yang sekaligus merupakan pewaris dan keturunan Tuanku Lintau di Tepi Selo sendiri.

Di Minangkabau, Guru Silat (Tuo Silek) di panggil dengan nama Mamak (bapa saudara/guru silat). Dr.(H) Kamal Shah yang merupakan Guru Utama Pertubuhan juga diakui sebagai salah seorang Mamak/Tuo Silek Lintau oleh guru-guru dan Ninik Mamak (Engku/Datuk) dari Tepi Selo.


Dr(H) Kamal mula mempelajari Seni Silat Lintau ini pada tahun 1975 di Kampung Padang Asam, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Awalnya beliau dilatih oleh Abdul Hadi Mat Yakin, Jurulatih Silat Lintau yang mengajar dibawah pengawasan Pak Mat (Ahmad bin Rashid). Akhirnya, setelah 25 tahun mengamalkan langkah Silat Lintau ini baharulah Pak Mat memberi pengiktirafan kepada Dr(H) Kamal Shah untuk mengganti beliau. Sementara itu, Guru-guru Silat Lintau di Tepi Selo pula telah mengizinkan Dr.(H) Kamal untuk mengajar Silat Lintau ini dimana sahaja di bumi Allah yang tercinta ini.



Sekian dahulu coretan untuk hari ini. Sehingga bertemu lagi dilain siaran. Assalamu'alaikum.

Sunday 4 November 2018

Sekian lama menyepi

Bermula tahun 2019, silibus baharu Silat Lintau akan mula diperkenalkan di semua peringkat iaitu di sekolah, IPT, mahupun di Gelanggang diluar sekolah. Syarat mempelajari Silat Lintau adalah sama dengan adat berguru yang diamalkan di Tepi Selo sejak sekian lama dan telah diamalkan di Pasir Puteh sejak tahun 2016 lagi.

Seperti yang telah diketahui umum, Silat Lintau yang dikembangkan di Pasir Puteh, Kelantan ini merupakan Silat Lintau yang ASLI, berasal dari Nagari Tepi Selo, Kecamatan Lintau Buo Utara, Sumatera Barat, Indonesia. Hal ini telah disahkan oleh pewaris Silat Lintau yang sekaligus merupakan pewaris dan keturunan Tuanku Lintau di Tepi Selo sendiri.

Di Minangkabau, Guru Silat (Tuo Silek) di panggil dengan nama Mamak (bapa saudara/guru silat). Dr.(H) Kamal Shah yang merupakan Guru Utama Pertubuhan juga diakui sebagai salah seorang Mamak/Tuo Silek Lintau oleh guru-guru dan Ninik Mamak (Engku/Datuk) dari Tepi Selo.


 Guru Utama Silat Lintau



Dr(H) Kamal mula mempelajari Seni Silat Lintau ini pada tahun 1975 di Kampung Padang Asam, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Awalnya beliau dilatih oleh Abdul Hadi Mat Yakin, Jurulatih Silat Lintau yang mengajar dibawah pengawasan Pak Mat (Ahmad bin Rashid). Akhirnya, setelah 25 tahun mengamalkan langkah Silat Lintau ini baharulah Pak Mat memberi pengiktirafan kepada Dr(H) Kamal Shah untuk mengganti beliau. Sementara itu, Guru-guru Silat Lintau di Tepi Selo pula telah mengizinkan Dr.(H) Kamal untuk mengajar Silat Lintau ini dimasa sahaja di bumi Allah yang tercinta ini.

Sekian dahulu coretan untuk hari ini. Sehingga bertemu lagi dilain siaran. Assalamu'alaikum.
YURAN Selama lebih satu tahun menyepikan diri, kini blog ini kembali aktif, membawakan nafas baharu dan berita terkini dari Kelantan dan tanah seberang.

Banyak yang telah berlaku sejak kepulangan rombongan Silat Lintau yang terdiri dari ahli di Kelantan dan Puchong. Ahli yang mengisi adat juga semakin ramai, begitu juga di sekolah disekitar Pasir Puteh.

Sepanjang tahun 2017 hingga kini, admin blog terlalu amat sibuk hingga tidak sempat membuat apa-apa update di blog ini. Apapun, admin akan kembali mengendalikan blog ini supaya peminat seni silat tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan Seni Silat Lintau yang diwarisi daripada Pendekar Talib.

Sehingga bertemu kembali admin mengucapkan selamat kepada semua, semoga Allah memberikan rahmat, hidayah dan taufiq NYA kepada kita semua dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Aamiin.