Ibu Bapa diminta memberikan kerjasama kepada Pertubuhan Seni Silat Lintau Kelantan (PERSILEK) dalam usahanya melestarikan seni budaya bangsa yang sudah hilang dari bangsa Melayu.
Sejak ditubuhkan, Pertubuhan Seni Silat Lintau Kelantan (PERSILEK) sentiasa berusaha untuk melestarikan budaya bangsa Melayu yang hampir pupus dengan kemajuan zaman. Gejala sosial yang melanda umat ini meliputi gejala seperti 'tidak hormat kepada orang tua dan sebagainya'.
Selain ilmu Silat, Pertubuhan Seni Silat Lintau Kelantan (PERSILEK) juga mengajar pesilat dibawah asuhannya mengenai asas agama dan budaya Melayu yang baik dan murni seperti menghormati IbuBapa, menghormati orang yang lebih tua, menjauhkan diri dari unsur negatif, mendekatkan diri kepada Masjid dan Surau dan lain-lain.
Melahirkan generasi muda yang berbudaya, berbudi bahasa, berilmu dan bertaqwa adalah matlamat yang ingin dicapai oleh Pertubuhan Seni Silat Lintau Kelantan (PERSILEK) disamping mengajar Ilmu Mempertahankan Diri iaitu Silat Lintau yang merupakan Silat Tua dari Alam Minangkabau yang hampir pupus di Malaysia.
Pertubuhan Seni Silat Lintau Kelantan (PERSILEK) melalui pengasasnya Ybrs Dr Kamal Shah, Pandeka Sutan Rajo Sati menekankan aspek budaya dan agama kerana Silat merupakan pelajaran kehidupan yang dapat melahirkan manusia yang mempunyai jati diri yang kukuh, sahsiah yang tinggi dan menghindar pelajar daripada menjadi atau mengikut budaya negatif seperti 'budaya samseng' dan sebagainya.
Masyarakat kita kini sudah hilang nilai budaya yang tinggi yang dipuji oleh bangsa asing suatu ketika dahulu. Akibat dari penjajahan minda melalui budaya kuning yang tersebar luas dikalangan masyarakat kita kini, bangsa kita bakal menjadi bangsa yang hilang ditelan arus gejala kuning seperti dadah dan seks bebas, yang dilihat sebagai punca utama kejatuhan bangsa kita pada hari ini. Ditambah dengan gejala murtad yang kian menular dikalangan masyarakat mutakhir ini.
"Saya menyeru kepada ibubapa disekitar Pasir Puteh supaya menghantar anak-anak ke Gelanggang Adat Silat Lintau ini yang kami bina untuk mengembalikan Adat dan Budaya bangsa Melayu kepada generasi muda demi masa depan mereka" kata Dr Kamal..
No comments:
Post a Comment