Karnival Seni Silat Nusantara yang akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu, Kelantan akan menyaksikan persembahan silat dari dalam dan luar negara.
Karnival tersebut akan berlangsung selama dua hari mulai 5hb - 6 hb April 2014 dan akan disertai oleh peserta daripada Singapura (1 pasukan), Indonesia (2 pasukan), Thailand (2 pasukan), Melaka (belum confirm), Pahang (1 pasukan), Terengganu (belum confirm), Kelantan (10 pasukan) dan Kedah (belum confirm).
Antara pertubuhan luar negara yang dikenalpasti akan menyertai Karnival tersebut adalah Perguruan Pusaka Karuhun Cimande dari Singapura, Perguruan Silat Taduang Bangkeh dari Batipuah, Batusangkar, Yayasan Silek Lintau IX Koto dari Balai Tangah Lintau dan Silat Melayu Pattani dari Thailand.
Karnival yang pertama kali diadakan ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pertubuhan Seni Silat Warisan Nusantara Kelantan (WARIS). Pengerusi WARIS, Dr. Kamal Shah Sutan Rajo Sati dalam kenyataannya berkata, Karnival ini merupakan salah satu usaha untuk memartabatkan Seni Silat diseluruh Nusantara umumnya dan di Kelantan khasnya.
"Silat bukan sahaja budaya orang Melayu tetapi juga ianya cerminan kepada kehidupan orang Melayu yang dikenali dengan sikapnya yang bersopan santun dan berbudi bahasa" ujar beliau lagi. "Orang Melayu kini harus kembali ke gelanggang dan ke surau untuk mempelajari Ilmu dan Budaya bangsa sendiri kerana kita melihat bahawa orang Melayu yang terdiri dari generasi Y sekarang sudah hilang nilai budaya dan agama pada diri masing2." tambahnya.
Dr. Kamal seterusnya menyeru kepada semua pihak samada kerajaan negeri dan juga pusat melalui agensinya supaya menyokong usaha murni WARIS untuk memartabatkan Seni Silat yang diwarisi sejak berzaman dalam usaha membantu kerajaan membenteras gejala sosial yang semakin menular dikalangan masyarakat hari ini.
Silat bukan sahaja ilmu beladiri malah lebih dari itu, silat merupakan ilmu yang menghubungkan silaturahim antara umat dan menyatupadukan umat Islam dimana jua mereka berada. Silat lah yang dapat menyatukan hati manusia dan silat juga dapat membendung gejala negatif dari terus menular di negara ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment