Sunday 16 February 2014

Kunjungan Murid Tua

Armaliza Abd Wahab merupakan salah seorang murid yang belajar Silat Lintau di SMK Tok Janggut sekitar 1999 - 2003. Kunjungan beliau memeranjatkan kerana tanpa angin, tanpa berita tiba2 dia mesej nak datang rumah.

Kedatangan Armaliza menggembirakan hati kerana sudah terlalu lama tidak berjumpa dengan beliau. Beliau yang kini menetap di Shah Alam dan bekerja di sebuah syarikat swasta disana akan melangsungkan perkahwinan dengan pemuda pilihan hatinya Mac ini.

Dalam kunjungan tersebut Armaliza mengucapkan terima kasih kerana telah mengajarnya supaya 'tahan telinga' dan 'tahan badan'. Beliau berkata, "kalau dulu Za tak dengar kata doktor agaknya Za dah tumpor di KL sana. Memang betul kata doktor, hidup ni penuh cabaran dan Alhamdulillah Za dapat mengatasi cabaran yang datang dengan panduan nasihat doktor dahulu.

Di akhir kunjungannya, Armaliza telah berjumpa dengan Siti Saleha yang merupakan rakan seperjuangannya di SMK Tok Janggut dari tahun 1999-2003 dahulu.



Selamat maju jaya diucapkan kepada Armaliza. Semoga Allah membalas jasamu. Terima kasih kerana sudi mengunjungi Ayahanda.


No comments:

Post a Comment