Thursday 2 February 2017

Bapak Mursal bersuara

Untuk menghapuskan segala keraguan mengenai ketulenan dan keaslian Silat Lintau yang dikembangkan di Pasir Puteh, Kelantan maka kami persembahkan video yang diambil pada 26 Oktober, 2016 di rumah Bpk Mursal di Tepi Selo, Lintau Buo Utara.


Bapak Mursal juga menerangkan bahawa Silat Lintau sebenarnya berasal dari Tepi Selo dan dari Tepi Selo itulah berkembangnya Silat Lintau ke seluruh daerah Lintau IX Koto (sembilan daerah Lintau).

Beliau menyangkal permainan yang tidak berasaskan langkah-langkah yang terdapat di sembilan daerah Lintau sebagai Silat Lintau malah menyatakan langkah-langkah tersebut tidak terdapat di Lintau dan bukan berasal dari Lintau.

Beliau juga telah memberitahu mengenai asal usul Silat Lintau yang sebenar dan ianya jauh sekali berbeza dengan apa yang diketahui oleh ramai orang terutama di Malaysia.

No comments:

Post a Comment