Thursday 2 February 2017

Silat Lintau terus berkembang

Pertubuhan Seni Silat Lintau Pasir Puteh Kelantan kini mendapat sambutan diluar Kelantan. Gelanggang baharu kami kini telah ditubuhkan di Puchong Utama, Selangor Darul Ehsan.

Gelanggang tersebut di selia oleh jurulatih bertauliah Silat Lintau iaitu saudara Mohd Shahada Adly bin Shafie bersama pembantu jurulatih Ust. Ahmad Fadhli bin Mohamad.

Seramai 20 orang telah mendaftarkan diri dan hadir pada latihan yang diadakan di gelanggang tersebut. Gelanggang mula dibuka pada 14 Januari, 2017 dengan 20 orang ahli baharu Seni Silat Lintau.

Silat Lintau yang dikembangkan oleh Guru Dr. Kamal Shah Sutan Rajo Sati adalah Silat Lintau Asli yang berasal dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

Gambar dan berita selanjutnya akan menyusul nanti.

Sekian