Seperti yang telah diketahui umum, Silat Lintau yang dikembangkan di Pasir Puteh, Kelantan ini merupakan Silat Lintau yang ASLI, berasal dari Nagari Tepi Selo, Kecamatan Lintau Buo Utara, Sumatera Barat, Indonesia. Hal ini telah disahkan oleh pewaris Silat Lintau yang sekaligus merupakan pewaris dan keturunan Tuanku Lintau di Tepi Selo sendiri.
Di Minangkabau, Guru Silat (Tuo Silek) di panggil dengan nama Mamak (bapa saudara/guru silat). Dr.(H) Kamal Shah yang merupakan Guru Utama Pertubuhan juga diakui sebagai salah seorang Mamak/Tuo Silek Lintau oleh guru-guru dan Ninik Mamak (Engku/Datuk) dari Tepi Selo.
Dr(H)
Kamal mula mempelajari Seni Silat Lintau ini pada tahun 1975 di Kampung
Padang Asam, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Awalnya beliau
dilatih oleh Abdul Hadi Mat Yakin, Jurulatih Silat Lintau yang mengajar
dibawah pengawasan Pak Mat (Ahmad bin Rashid). Akhirnya, setelah 25
tahun mengamalkan langkah Silat Lintau ini baharulah Pak Mat memberi
pengiktirafan kepada Dr(H) Kamal Shah untuk mengganti beliau. Sementara
itu, Guru-guru Silat Lintau di Tepi Selo pula telah mengizinkan Dr.(H)
Kamal untuk mengajar Silat Lintau ini dimasa sahaja di bumi Allah yang
tercinta ini.
Sekian dahulu coretan untuk hari ini. Sehingga bertemu lagi dilain siaran. Assalamu'alaikum.
Sekian dahulu coretan untuk hari ini. Sehingga bertemu lagi dilain siaran. Assalamu'alaikum.
Banyak yang telah berlaku sejak kepulangan rombongan Silat Lintau yang terdiri dari ahli di Kelantan dan Puchong. Ahli yang mengisi adat juga semakin ramai, begitu juga di sekolah disekitar Pasir Puteh.
Sepanjang tahun 2017 hingga kini, admin blog terlalu amat sibuk hingga tidak sempat membuat apa-apa update di blog ini. Apapun, admin akan kembali mengendalikan blog ini supaya peminat seni silat tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan Seni Silat Lintau yang diwarisi daripada Pendekar Talib.
Sehingga bertemu kembali admin mengucapkan selamat kepada semua, semoga Allah memberikan rahmat, hidayah dan taufiq NYA kepada kita semua dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Aamiin.
No comments:
New comments are not allowed.