Thursday 2 February 2017

Silat Lintau Kelantan Di Akui Keasliannya.

Silat Lintau yang dikembangkan oleh Dr. Kamal Shah melalui Pertubuhan Seni Silat Lintau Malaysia telah diakui sebagai yang ASLI dan TULEN, berasal dari Lintau Buo, Tanah Datar, Sumatera Barat.


Demikian menurut Tuo Silek yang ditemui, Bpk Mursal pada 8 Jun, 2015 di Lintau. Menurut beliau, semua yang ditunjukkan oleh Dr. Kamal Shah sewaktu bersilat dengannya adalah Silat Lintau yang tulen seperti yang dibawa oleh Tuo2 Silek Lintau daripada salah satu daerah di Lintau. Kecamatan Lintau mempunyai sembilan buah nagari/daerah iaitu Batu Bulek, Tanjung Bonai, Balai Tangah, Tepi Selo, Lubuak Jantan, Buo, Taluak dan Pangian dan Silat Lintau yang dibawa oleh Dr. Kamal Shah  berasal dari Tepi Selo.

Bpk Mursal


Kini, setelah menelusuri dan mendapat jawapan pasti dari Tuo Silek di Lintau, Dr. Kamal lebih bersemangat untuk mengembangkan ilmu yang diwarisinya kepada anak murid dan sesiapa sahaja yang ingin belajar Silat Lintau.
Gelanggang sentiasa terbuka sepanjang tahun. Klik di SINI untuk mendaftar.  



No comments: