Festival Silat Antarabangsa Kelantan 2016 telah diadakan pada 9 & 10 April 2016 di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu, Kelantan. Lebih dari 400 orang pesilat dalam dan luar negara telah menunjukkan aksi Silat masing2 di Festival yang gilang gemilang ini.
Festival Silat Antarabangsa Kelantan 2016 merupakan kesinambungan dari
Festival Silat Nusantara 2012 & 2013 anjuran WARIS dan Karnival
Silat Nusantara 2014 & 2015 anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dengan
kerjasama WARIS (Pertubuhan Gabungan Seni Silat Warisan Nusantara
Kelantan).
Festival yang dihadiri oleh 415 orang pesilat dari dalam dan luar negara ini telah dapat menarik perhatian ramai penonton termasuk pelancong asing yang berada di negeri Kelantan pada waktu tersebut.
Seramai 330 pesilat dan pegawai dari Kelantan, 12 orang dari Pahang, 12 orang dari Terengganu, 12 orang dari Johor, 12 orang dari Thailand dan 12 orang dari Indonesia hadir untuk memperagakan Silat dalam bentuk tradisional/asli.
Festival Silat yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan
kerjasama WARIS ini bertujuan untuk menyemarakkan Seni Silat dalam
bentuk aslinya (bukan Silat Olahraga/Pencak Silat dan bukan juga Silat
Seni seperti yang diamalkan oleh PERSILAT)
Antara lain, tujuan festival ini diadakan ialah untuk mengembalikan
semangat anak watan supaya kembali menghargai dan mempelajari seni
budaya bangsa yang kelihatan semakin kurang peminatnya didalam negeri
ini.
Festival tersebut dimulakan dengan perarakan seramai 415 pesilat dari Gelanggang Seni melalui Jalan Mahmood hingga ke Muzium Negeri dan terus ke Bazar Tok Guru sebelum membelok masuk ke Dewan Jubli Perak. Perarakan sepanjang 1.3KM itu di mulai dengan YB Dato Mejar Nizam selaku EXCO Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan dan kumpulan SETANJAK.
Pengerusi WARIS, Dr. Kamal Shah Sutan Rajo Sati,
didalam ucapan perasmian Festival berkata, Festival ini diadakan untuk
memberi mesej kepada semua orang bahawa Seni Silat Belum Mati Di
Negerinya Sendiri dan Hanya Di Kelantan sahaja Festival ini diadakan
sebagai acara tahunan oleh Kerajaan Negeri.
Festival Silat yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan
kerjasama WARIS ini bertujuan untuk menyemarakkan Seni Silat dalam
bentuk aslinya (bukan Silat Olahraga/Pencak Silat dan bukan juga Silat
Seni seperti yang diamalkan oleh PERSILAT/PESAKA)
YB Dato Mejar(B) Haji Ahmad Anizam bin Abdul Rahman selaku Pengerusi
Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan pula
berkata dalam ucapannya bahawa Seni Silat ini perlu dipelajari oleh
golongan muda kerana ianya bukan sahaja dapat memperkasakan ummah tetapi
sebagai satu disiplin yang dapat mendidik golongan muda menjadi lebih
berdisiplin dan lebih matang.
Kerajaan Negeri Kelantan juga sentiasa berusaha untuk menaikkan semula Seni Silat Jatuh Kelantan dan mengangkatnya ketahap yang boleh dibanggakan dimasa akan datang. Dengan kerjasama yang diberikan oleh WARIS dan SETANJAK (pertubuhan Seni Silat Jatuh Kelantan) maka Kerajaan Negeri akan terus mendokong usaha untuk menyemarakkan seni budaya bangsa ini dan mempromosikan Seni Silat Jatuh keseluruh negara.
Seni Silat kini menjadi salah satu produk pelancongan yang boleh dibawa kemana sahaja. Selain dari keindahan gerak tari Silat, ilmu mempertahankan diri juga dilihat amat penting dan relevan dalam dunia hari ini dimana kejadian ragut dan sebagainya dilihat mengancam kehidupan warganegara.
No comments:
Post a Comment