Monday, 9 January 2017

BERMULANYA ERA BARU SILAT LINTAU

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Setelah sekian lama menyepi diri maka kini saya kembali menulis di blog ini untuk memberi maklumat terkini mengenai Silat Lintau di Pasir Puteh, Kelantan.

Perkembangan Silat Lintau amat menggalakkan di penghujung tahun 2016 yang lalu dimana program SILAT 40 HARI telah berjaya dijalankan di Gelanggang Pusat Silat Lintau.

   
Pelatih SILAT 40 HARI bersama Jurulatih

Sedang belajar melangkah...
Di awal tahun 2017 ini kami akan membuka gelanggang di sebuah lagi sekolah iaitu Sekolah Rendah Sri Aman, Pasir Puteh.

Langkah Pendekar Talib kembali menggegar bumi Kelantan bermula dengan penyusunan Silibus baru untuk sekolah, IPT dan gelanggang awam. Ianya tidak akan berlaku tanpa restu dari Bapak Mursal, Guru Tua Silat Lintau dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara. Setelah beliau mengesahkan langkah dan permainan Seni Silat Lintau yang dimiliki Dr. Kamal Shah dan dengan izin dan restu beliau juga, kami di Pasir Puteh meneruskan perjuangan memastikan Silat Lintau yang ASLI ini tidak pupus ditelan zaman di Malaysia ini.

Silat yang mulanya berkembang di Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak ini dikembangkan pula di Kelantan Darul Naim oleh Dr. Kamal Shah yang menerima gelaran Pendekar Sutan Rajo Sati pada tahun 2011.

Hanya satu pesan Bapak Mursal kepada Dr. Kamal dan tiga orang Jurulatihnya iaitu supaya tidak diubah atau ditambah langkah dan kaedah Silat Lintau ini. Inilah Silat Lintau yang ASLI yang diterima turun temurun sejak zaman berzaman.

Semoga Silat Lintau terus maju.

No comments:

Post a Comment