Friday, 27 June 2014

RAMADHAN

Bulan Ramadhan datang lagi. Umat Islam diseluruh dunia akan menyambut bulan ini dengan berpuasa disiang hari, bertarawih dan bertadarus pada malamnya. Ada juga yang menjadikan bulan ini sebagai bulan untuk mengkhatam Al-Quran.
Itulah yang sepatutnya dilakukan pada bulan ini. Bulan Ramadhan bukan bulan untuk bersuka ria dengan membakar mercun dan bunga api sehingga mengganggu orang lain.

Mutakhir ini, setiap tiba Ramadhan maka akan kedengaranlah bunyi mercun berdentum hatta sewaktu umat Islam sedang mendirikan Solat Tarawih pun. Lebih dahsyat lagi, anak-anak muda bermain mercun berhampiran Masjid dan Surau malah ada sesetengahnya bermain mercun dalam pekarangan Masjid dan Surau.

Apa sudah jadi dengan umat ini. Ibubapa yang bertanggungjawab keatas gejala ini. Gejala membakar mercun dan bunga api sepanjang bulan Ramadhan sebenarnya bukanlah budaya yang berasal dari budaya Melayu mahupun Islam. Mercun dan bunga api dicipta oleh orang Cina dan kita melihat orang Cina membakar mercun pada Tahun Baru Cina dan mereka tidaklah membakar mercun seperti anak Melayu-Muslim kita pada hari ini.

Memang... Melayu lebih teruk jika dibandingkan dengan orang Cina. Aduh... apa nak buat... dah mak bapak dia benarkan... bagi duit... galakkan dan ada yang sama-sama membakar mercun bersama anak-anak mereka. Ibubapa jenis ini adalah ibubapa yang merosakkan pemikiran anak.

Sebut pasal mercun ni, kita dapati bahawa ramai dikalangan bangsa kita ni menghabiskan ratusan ringgit hanya untuk membuat bising semasa orang solat Tarawih, semasa orang tidur (main mercun sampai tengah malam) dan semasa orang berbuka puasa. Boleh tercekik orang dibuatnya kalau tiba-tiba mercun tu 'landing' dalam halaman rumah kita.

Sesungguhnya bangsa ini sudah punah. Punah kerana tidak lagi mengenali budaya bangsa sendiri. Budaya yang ada pada hari ini adalah budaya yang ditiru dan di 'modified' menjadi budaya Melayu. Kalau dulu orang melaungkan HIDUP MELAYU maka kini sudah boleh ditukar kepada HANCUR MELAYU. 

Saya tahu, akan ada orang yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang saya tulis ini, namun itulah HAKIKAT yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Adalah lebih baik jika Ibubapa dan pemimpin masyarakat termasuk ADUN2, USTAZ2 TOK GURU2, ALIM ULAMA, CERDIK PANDAI, menangani isu ini SUPAYA BANGSA MELAYU KEMBALI mengamalkan ISLAM YANG SYUMUL.

Kembali lah kepada ajaran Islam yang sebenar sepertimana yang diamalkan dizaman Rasulullah S.A.W. dan para sahabat, Tabi'in dan Tabit Tabi'in.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN - BULAN PENUH BERKAT, RAHMAT DAN PENGAMPUNAN. BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.

No comments:

Post a Comment