Sunday 18 May 2014

MESYUARAT AGUNG WARIS KALI KE-4

Mesyuarat Agung WARIS telah berjaya diadakan di Restoran Sham, Jalan Berek 12, Kota Bharu, Kelantan...
Barisan Kepimpinan WARIS
Mesyuarat Agung tersebut telah dirasmikan oleh Yb Mejar (B) Mohd Anizam Bin Abdul Rahman yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Kelantan. WARIS adalah singkatan kepada Pertubuhan Gabungan Seni Silat Warisan Nusantara Kelantan dan ianya dianggotai oleh sepuluh pertubuhan silat dari negeri Kelantan.

Mereka adalah:
  1. Pertubuhan Seni Silat Lintau Kelantan
  2. Pertubuhan Silat Seni Gayungman Segerak Kelantan
  3. Pertubuhan Seni Silat Teralak Tunggal Kelantan
  4. Pertubuhan Silat Seni Gayong Tiga Kalimah Kelantan
  5. Pertubuhan Seni Silat Sekebun Kelantan
  6. Pertubuhan Silat Seni Gayong Warisan Kelantan
  7. Pertubuhan Seni Silat Gayungman Gerakan Satu Kelantan
  8. Pertubuhan Seni Silat Pesan Sakti Kelantan
  9. Pertubuhan Seni Silat Gayung Maarifat Kelantan dan
  10. Pertubuhan Silat Seni Gayungman Waris Ku Ngah Kelantan
Seramai 60 orang termasuk dif kenamaan dan jemputan telah hadir pada majlis perasmian tersebut.





Ahli Silat Lintau yang hadir.

Dr Kamal menyampaikan cenderahati berupa lukisan Dato Mejar yang sedang bersilat pada umur 21 tahun.

No comments:

Post a Comment