Monday 21 October 2019

NAMA BAHARU

Setelah 24 tahun Silat Lintau di ajar di Pasir Puteh, Kelantan, mula-mula dengan menggunakan pendaftaran Pertubuhan Seni Silat Pendekar Ulung dan kemudiannya bergerak dengan ehsan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia cawangan Kelantan maka Pertubuhan Seni Silat Lintau Pasir Puteh, Kelantan (PSSLPP) yang didaftarkan pada tahun 2005 kini telah bertukar kepada PERTUBUHAN SENI SILAT LINTAU MALAYSIA dengan nombor pendaftaran PPM-021-03-02102019.

Perkembangan terbaru ini amat menggembirakan ahli-ahli PSSLPP yang kini menetap di hampir semua negeri di Malaysia.

Dengan lulusnya pendaftaran PSSLM ini maka kini kami mempunyai cawangan di Sabah, Johor, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Pahang manakala ibu pejabat PSSLM masih berada di Kelantan.

Semoga Silat Lintau terus berkembang dan terus maju mulai tahun 2020.

PSSLM juga telah menubuhkan Akademi Seni Silat Lintau Malaysia yang bertanggungjawab untuk mengendalikan aktiviti pelajaran silat di seluruh negara. 


No comments:

Post a Comment