Thursday 23 January 2014

BERPINDAH

Jurulatih Wan Abdul Rahman akan meninggalkan Pasir Puteh pada 01/02/2014 ini.
Ini adalah kerana beliau telah menerima tawaran bekerja dengan RISDA di Kemaman, Terengganu mulai 04/02/2014. Tempat beliau akan diganti oleh Jurulatih Mat Kamal, pelajar paling senior yang mula belajar Silat Lintau sejak tahun 1995 lagi.

Kepada Wan Abdul Rahman diucapkan SELAMAT MAJU JAYA dalam bidang baru yang diceburinya. Semoga Allah melindungi beliau sepanjang berkarier di Kemaman.

Guru Utama, Dr. Kamal Shah juga merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau diatas segala khidmat yang telah dicurahkan selama ini. Jasa Wan Abdul Rahman akan dikenang sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment