Tulisan
saya kali ini bagi menjawab beberapa persoalan yang diajukan kepada
saya mengenai Silat Lintau yang diajarkan di Pasir Puteh, adakah ianya
sama dengan yang diajar oleh Pandeka Talib ataupun tidak. ~Pen~ Dalam kunjungan yang dilakukan oleh Dr. Kamal ke Lintau pada tahun 2011 dan 2012 yang lalu, beberapa persoalan yang bermain difikiran telah dapat di jawab oleh Tuo Silek Lintau disana. Antaranya ialah, terdapat lebih dari 18 aliran Silat Lintau dan kesemua aliran itu berasal dari Kecamatan Lintau Buo Utara lalu diperturunkan kepada penduduk di Lintau Buo demikian menurut Bpk Azwar, Tuo Silek dari Tepi Selo, Lintau. Kecamatan Lintau Buo Utara terdiri daripada Lima Nagari iaitu, Batu Bulek, Tanjung Bonai, Balai Tangah, Lubuk Jantan dan Tepi Selo. Pendekar yang tersohor yang lahir daripada sini adalah seperti Pandeka Soman, Mak Udin, Pandeka Djaloek, Bpk. Azwar Tepi Selo, Bpk Anwar, Mak Win dan ramai lagi. Kesemuanya membawa aliran Silat Lintau yang 'serupa tapi tidak sama'. Seorang lagi Tuo Silek yang ditemui, Bpk Djasroel Tjaniago juga memberitahu Dr. Kamal bahawa "Yang asli Silek Lintau itu hanya untuk mengelak... Kalau masih memukul, biarlah pukulannya itu kembali kepada si pemukul.. Itulah intinya Silek Lintau". Kelainan yang dilihat adalah dari segi permainan dan kaedah 'maambiak buah' (mengambil buah), manangkok (menangkap) dan kuncian. Setiap aliran mempunyai kaedah yang tersendiri yang hanya dapat dilihat apabila kita berkunjung ke gelanggang di setiap nagari tersebut. Keunikan Silat Lintau dengan berbagai alirannya itu adalah suatu yang menarik perhatian Dr. Kamal dan yang paling menariknya ialah, dalam lawatan yang dilakukan ke gelanggang dan muzakarah dengan Tuo Silek disana ialah tiada satu pun gelanggang mempamerkan permainan seperti yang dibawa oleh sebuah pertubuhan yang juga dikenali sebagai Silat Lintau yang berkembang di pantai barat semenanjung. Mengenai persoalan yang diajukan kepada Tuo Silek Lintau bagaimanakah kaedah terbaik untuk mengajar Silat Lintau di Kelantan, Dr. Kamal diberi pesan oleh Bpk Djasroel seperti berikut "Jadilah orang yang bijak"... cuma itu sahaja pesan dari Tuo Silek Lintau kepada Dr. Kamal mengenai persoalan yang diajukan. Dari situ maka mulailah satu era baru dalam dunia persilatan yang berasal dari Kecamatan Lintau Buo iaitu Silat Lintau sepertimana yang diajarkan di Pasir Puteh, Kelantan, yang merangkumi pelajaran Silat Lintau dari beberapa aliran, diserapkan menjadi satu dan itulah yang diajarkan kepada anak didik di Kelantan. Silat Lintau Kelantan mencipta sejarah baru dalam dunia persilatan tanahair dengan silibusnya yang tersendiri dengan tidak meninggalkan ilmu asal yang diperturunkan dari Pandeka Talib. Ilmu Silat Lintau, jika hendak dipelajari semuanya akan memakan masa yang terlalu panjang, mungkin seumur hidup jika hendak diambil semuanya. Begitulah keunikan Ilmu Silat Lintau yang masih disimpan dengan baik, diajar dengan sempurna mengikut kaedah yang asal, tidak diubah (kecuali oleh sesetengah pihak yang ingin berkecimpung di bidang olahraga), dan tetap dengan keasliannya. Sekian. Dr. Kamal Shah Sutan Rajo Sati |
Seni Silat Lintau Nan Asli yang berasal dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara, Sumatera Barat, Indonesia | Terbuka kepada semua rakyat Malaysia | Kelas untuk Kanak-kanak, Remaja, Dewasa dan Wanita disediakan.
Monday, 22 July 2013
Aliran Dalam Silat Lintau
Labels:
ASLI,
Dr. Kamal Shah,
Kelantan,
Malaysia,
Pasir Puteh,
PERSILEK,
Sutan Rajo Sati,
tok janggut,
Yayasan Silek Lintau IX Koto
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment