GURU KAMI

PENGAJAR

Guru Utama : Dr. Kamal Shah

Mula mempelajari Seni Silat Lintau di Kg. Padang Asam, Padang Rengas, Perak pada tahun 1975 dibawah asuhan Jurulatih Hadi Mat Yakin.

Melanjutkan pelajaran Silat Lintau dengan Pak Mat (Ahmad bin Rashid) di rumah beliau di Simpang Lawin, Kuala Kangsar, Perak.

Mula mengajar Silat di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1994 dibelakang rumah sewanya di Jalan Pondok, Pasir Puteh.

Mula mengajar di Sek Men Tok Janggut (SMTJ kini SMKTJ) pada Januari 1995 dengan 40 orang murid.

Membuka gelanggang di SMK Sri Aman pada tahun 2003 dengan murid seramai 43 orang

Membuka gelanggang di SMK Dato Ismail dengan murid seramai 60 orang pada tahun 2004

2013 gelanggang SM Sains Pasir Puteh dibuka dengan bilangan murid seramai 89 orang

Kini mengajar 180 orang murid dari empat buah sekolah tersebut.

Sepanjang penglibatan dalam Silat Olahraga dan Silat Seni peringkat sekolah di Kelantan telah berjaya membawa pulang lebih daripada 30 pingat daripada pertandingan yang disertai.

Diperingkat Universiti pula, anak murid beliau berjaya membawa pulang beberapa pingat, yang terbaru ialah di UPSI pada tahun 2013.

Pada 2011 Dr. Kamal bersama isteri dan seorang rakan beliau telah 'menapak tilas' ke Daerah Lintau, Sumatera Barat dan disana beliau telah mendapat pengesahan bahawa ilmu Silat Lintau yang dibawanya adalah yang asli.

Di Tanjung Bonai, Lintau, beliau telah diberi gelaran Sutan Rajo Sati oleh Bpk. Drs. David Suhu, Presiden Tuo Silek SeAlam Minangkabau.

Pengesahan telah diberikan oleh Bapak Azwar, seorang Tuo Silek Lintau dari Daerah Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

Menerima penghargaan daripada Bupati Tanah Datar sebagai apresiasi kerana telah melestarikan Silek Lintau di Kelantan.
Ingin Belajar Silat Lintau Yang Asli?
Hubungi Setiausaha Agung di talian 013 7272065