SILIBUS

SILIBUS SILAT LINTAU


SILIBUS PSSLM

Pertubuhan Seni Silat Lintau Malaysia (PSSLM)
diluluskan pendaftarannya pada 02/10/2019. Dengan tertubuhnya PSSLM maka silibus Silat Lintau perlu dikemaskini supaya ia menepati piawai Seni Beladiri setaraf dengan Seni Beladiri bertaraf antarabangsa. Oleh itu, mulai Januari 2020, pelajaran Seni Silat Lintau tidak lagi seperti tahun-tahun yang lalu dimana silibus disusun mengikut arahan Guru Utama. Maka itu, silibus Silat Lintau pada tahun 2020 telah diubahsuai dari silibus 2019 agar ia nampak lebih kemas dan lebih tersusun.

Silibus PSSLM merupakan silibus bertahap yang telah disusun kembali oleh Dr(H) Kamal Shah, Guru Utama PSSLM.
Silibus ini lebih mantap, lebih professional dan lebih mudah dipelajari oleh semua peringkat umur, lelaki dan perempuan.

Diantara pelajaran yang dipelajari oleh pesilat ialah:

Langkah

Langkah Lurus
Langkah Lubuk Jantan
Langkah Tepi Selo
Langkah Asal Pendekar Talib (Untuk Jurulatih dan Ahli adat sahaja)

TUMBUKAN

Selain itu, pelajaran juga merangkumi jenis-jenis tumbukan seperti:

1. Tumbuk Pilin
2. Tumbuk Sapu
3. Tumbuk Pintal
4. Tumbuk Runcing dan lain-lain lagi

TANGKAPAN

Pesilat juga akan diajar menangkap seperti:

1. Tangkap sebelah
2. Tangkak sepak
3. Tangkap pukul (beralat)
4. Tangkap kilas
5. Tangkap cekup
6. Tangkap orang gila
7. Tangkap Panglima

SEPAKAN

Silat Lintau juga mengajar penggunaan kaki. Secara asasnya pesilat akan diajar:

1. Coek
2. Simbek
3. Hantam dan
4. Baling

Seni Silat Lintau yang dibawa oleh PSSLM adalah Silat Lintau yang Tua, yang dikembangkan oleh Pandeka Talib, seorang Pendekar yang merantau ke Padang Rengas, Perak. Segala adat-istiadat yang asli telah berjaya digali semula oleh Guru Utama kami Dr (H) Kamal Shah. Dr. (H) Kamal merupakan satu-satunya guru Silat Lintau yang diakui keaslian ilmunya oleh Tuo Silek Lintau.

Anda berminat untuk mempelajari Seni Silat Lintau? Klik disini untuk mendaftar

Setelah pesilat diajar kaedah2 bersilat di atas, maka sampailah kepada pelajaran seterusnya


Untuk penyertaan sila hubungi Setiausaha Agung di talian KLIK SINI