ABOUT US

YURAN Semua kelas Silat Lintau dibawah PERTUBUHAN SENI SILAT LINTAU MALAYSIA (PSSLM) kini dijalankan oleh AKADEMI SENI SILAT LINTAU MALAYSIA.

AKADEMI - Akademi Seni Silat Lintau Malaysia bertanggungjawab menyediakan silibus seni beladiri yang berasaskan Silat Lintau untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan IPT serta orang dewasa yang berminat untuk mempelajari Seni Beladiri. Akademi Seni Silat Lintau Malaysia mengajar ilmu Silat Lintau yang asli dan tulen yang berasal dari Lintau IX Koto, Sumatera Barat, Indonesia. Mereka yang ingin menuntut ilmu Silat Lintau diminta memohon untuk menjadi murid secara adat kepada Guru Utama PSSLM iaitu Tuan Dr. Kamal Shah.

PERTUBUHAN - Pertubuhan Seni Silat Lintau Malaysia adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Diantara Misi dan Visi Pertubuhan ialah melestarikan ilmu Silat Lintau yang asli, yang berasal dari Lintau IX Koto, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. Mereka yang ingin menuntut ilmu Silat Lintau yang asli dikehendaki memenuhi syarat mengisi adat dan mendaftarkan diri sebagai ahli Pertubuhan.

Silat Lintau dibawa ke Tanah Melayu oleh Pendekar Talib yang berasal dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara ke Padang Rengas, Perak. Pengesahan tentang Pendekar Talib ini telah kami temui pada tahun 2017 dan gelanggang tempat beliau bermain dahulu juga telah kami lawati. Pendekar Talib mula menurunkan ilmu persilatan ini kepada Kulop Mat Deros yang kemudiannya mengajak rakan taulan beliau mempelajari silat ini. Di antara mereka yang menuntut ilmu persilatan ini dari Kulop Mat Deros ialah Arwah Bapak Ahmad bin Rashid yang merupakan guru Doktor Kamal Shah yang kini memimpin PSSLM. Sila lihat disini