Tuesday 3 September 2013

Majlis Tamat Latihan

Majlis tamat latihan bagi tahun 2013 akan diadakan di padang Majlis Daerah Pasir Puteh Kelantan seperti berikut:

Friday 30 August 2013

Erti Kemerdekaan

Apakah erti kemerdekaan bagi generasi sekarang? Apakah yang generasi kini tahu mengenai perjuangan menuntut kemerdekaan? Kenapa tak ramai orang mengibarkan bendera Malaysia sekarang? Siapakah pejuang kemerdekaan sebenar?

MAJLIS HARI RAYA DI RUMAH PENASIHAT

Hari ini AJK WARIS mengunjungi rumah Penasihat WARIS, Tn Hj Rasdy bin Abdullah di Pdg Pa' Amat, Pasir Puteh bagi tujuan berhari raya dengan beliau yang uzur. Maaf tiada gambar diambil... Hanya sekadar makluman. tq

Wednesday 21 August 2013

SYAHADAH

Syahadah  adalah penyaksian, keyakinan dan lafaz  bagi yang mampu atau isyarat bagi yang lemah untuk lafaz.. Perkara ini boleh  dianggap sebagai rukun  Syahadah . Ini dinyatakan secara jelas dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam hadis yang masyhur bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang Islam:

Tuesday 20 August 2013

AKIDAH

Pengenalan

    Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat

Monday 12 August 2013

RIANG RIA AIDIL FITRI

Hari Raya hari yang mulia. Disambut oleh Muslimin dan Muslimat diseluruh dunia sebagai tanda syukur dan kemenangan menjalani ibadah puasa pada sebulan Ramadhan. Tahun ini Pertubuhan tidak mengadakan rumah terbuka seperti tahun lepas namun anak murid masih tetap berkunjung ke rumah Guru Tua, Dr. Kamal Shah Sutan Rajo Sati.

Friday 2 August 2013

MINAL AIDIN WAL FAIZIN

Sempena menyambut Syawal yang bakal tiba 4-5 hari lagi, Guru Utama serta AJK PERSILEK ingin mengucapkan

Wednesday 31 July 2013

Pahlawan Segala Pahlawan: Saidina Ali

Apabila berbicara tentang dunia persilatan, tidak lengkap rasanya ilmu pengetahuan seseorang pesilat sekiranya dia tidak mengetahui serba sedikit tentang ‘penghulu’ kepada segala pendekar iaitu Imamul Muhtadin Saidina Ali ibni Abi Talib Karamullahu Wajhah.

Monday 22 July 2013

Aliran Dalam Silat Lintau

Aliran Dalam Silat Lintau
Tulisan saya kali ini bagi menjawab beberapa persoalan yang diajukan kepada saya mengenai Silat Lintau yang diajarkan di Pasir Puteh, adakah ianya sama dengan yang diajar oleh Pandeka Talib ataupun tidak. ~Pen~

Dalam kunjungan yang dilakukan oleh Dr. Kamal ke Lintau pada tahun 2011 dan 2012 yang lalu, beberapa persoalan yang bermain difikiran telah dapat di jawab oleh Tuo Silek Lintau disana. Antaranya ialah, terdapat lebih dari 18 aliran Silat Lintau dan kesemua aliran itu berasal dari Kecamatan Lintau Buo Utara lalu diperturunkan kepada penduduk di Lintau Buo demikian menurut Bpk Azwar, Tuo Silek dari Tepi Selo, Lintau.

Kecamatan Lintau Buo Utara terdiri daripada Lima Nagari iaitu, Batu Bulek, Tanjung Bonai, Balai Tangah, Lubuk Jantan dan Tepi Selo. Pendekar yang tersohor yang lahir daripada sini adalah seperti Pandeka Soman, Mak Udin, Pandeka Djaloek, Bpk. Azwar Tepi Selo, Bpk Anwar, Mak Win dan ramai lagi. Kesemuanya membawa aliran Silat Lintau yang 'serupa tapi tidak sama'.

Seorang lagi Tuo Silek yang ditemui, Bpk Djasroel Tjaniago juga memberitahu Dr. Kamal bahawa "Yang asli Silek Lintau itu hanya untuk mengelak... Kalau masih memukul, biarlah pukulannya itu kembali kepada si pemukul.. Itulah intinya Silek Lintau".

Kelainan yang dilihat adalah dari segi permainan dan kaedah 'maambiak buah' (mengambil buah), manangkok (menangkap) dan kuncian. Setiap aliran mempunyai kaedah yang tersendiri yang hanya dapat dilihat apabila kita berkunjung ke gelanggang di setiap nagari tersebut.

Keunikan Silat Lintau dengan berbagai alirannya itu adalah suatu yang  menarik perhatian Dr. Kamal dan yang paling menariknya ialah, dalam lawatan yang dilakukan ke gelanggang dan muzakarah dengan Tuo Silek disana ialah tiada satu pun gelanggang mempamerkan permainan seperti yang dibawa oleh sebuah pertubuhan yang juga dikenali sebagai Silat Lintau yang berkembang di pantai barat semenanjung.

Mengenai persoalan yang diajukan kepada Tuo Silek Lintau bagaimanakah kaedah terbaik untuk mengajar Silat Lintau di Kelantan, Dr. Kamal diberi pesan oleh Bpk Djasroel seperti berikut "Jadilah orang yang bijak"... cuma itu sahaja pesan dari Tuo Silek Lintau kepada Dr. Kamal mengenai persoalan yang diajukan.

Dari situ maka mulailah satu era baru dalam dunia persilatan yang berasal dari Kecamatan Lintau Buo iaitu Silat Lintau sepertimana yang diajarkan di Pasir Puteh, Kelantan, yang merangkumi pelajaran Silat Lintau dari beberapa aliran, diserapkan menjadi satu dan itulah yang diajarkan kepada anak didik di Kelantan. Silat Lintau Kelantan mencipta sejarah baru dalam dunia persilatan tanahair dengan silibusnya yang tersendiri dengan tidak meninggalkan ilmu asal yang diperturunkan dari Pandeka Talib.

Ilmu Silat Lintau, jika hendak dipelajari semuanya akan memakan masa yang terlalu panjang, mungkin seumur hidup jika hendak diambil semuanya. Begitulah keunikan Ilmu Silat Lintau yang masih disimpan dengan baik, diajar dengan sempurna mengikut kaedah yang asal, tidak diubah (kecuali oleh sesetengah pihak yang ingin berkecimpung di bidang olahraga), dan tetap dengan keasliannya.

Sekian.

Dr. Kamal Shah Sutan Rajo Sati

Pengenalan Silat Lintau

Pengenalan Silat Lintau
Silat merupakan seni mempertahankan diri khususnya bagi orang Melayu. Terdapat pelbagai jenis silat di Malaysia antaranya, Silat Cekak, Gayung, Lintau, Pulut, Sendeng dan sebagainya. 

Menurut Pak Ahmad bin Rashid, seorang guru silat di Perak, Silat Lintau ini merupakan seni mempertahankan diri yang berasal dari Lintau, Tanah Datar, Indonesia. Seni mempertahankan diri ini dipelajari oleh masyarakat Melayu/Minangkabau di daerah tersebut. 

Silat Lintau mempunyai gerak yang jika dilihat agak sumbang atau kekok. Silat ini amat berbeza dari Silat-Silat yang lain. Hal ini kerana, contohnya, jika pengamalnya menumbuk musuhnya, dia tidak akan mengambil ‘ambang’ atau perlu mengumpulkan tenaga yang kuat untuk sesuatu pergerakan. Pengamalnya, akan menghantar penumbuk kepada pihak lawan untuk mengumpan bagi melihat gerak geri musuh untuk tindakan seterusnya.

Dalam permainan Silat Lintau ini pesilat mempunyai kunci-kunci dalam aksinya dan setiap kunci tersebut mempunyai cara untuk melepaskan diri dan seterusnya membalas ‘buah pukulan’ yang dihantar oleh musuh. ‘Buah pukulan’ merupakan aksi seperti tumbukan, sepakan, dan sebagainya sebagai alat untuk melawan musuh.

Bagi pengetahuan pembaca, Silat Lintau agak unik. Hal ini kerana, Silat ini tidak memerlukan tenaga yang kuat untuk melawan musuh sebaliknya ia banyak menggunakan tenaga dari pihak lawan yang diserap dengan menggunakan teknik yang betul. Terdapat nama-nama dalam Silat Lintau ini yang menggambarkan buah-buah pukulan tersebut seperti ‘cekak tua’, 'pilin' dan ‘pasung’ dan lain lagi.

Silat Lintau menghentam atau melawan musuhnya di bahagian-bahagian yang boleh membawa maut atau mencederakan musuh contohnya di bahagian belakang kepala, bahagian mata, telinga, halkum, dada, bawah ketiak, tulang rusuk dan kemaluan. Silat ini tidak sesuai untuk pertunjukan atau untuk memasuki pertandingan kerana Silat ini agak berbahaya. Pengamalnya diajar bahawa setiap ‘buah pukulan’ yang diturunkan kepada mereka agak berbahaya untuk dipertontonkan, dikhuatiri akan memudaratkan pihak lawan semasa petunjukan tersebut.

Silat Lintau juga tidak mempunyai ‘bunga’ sebagai permulaan. Silat ini bergantung kepada langkah yang akan dilakukan seterusnya untuk beraksi.

Mengenai Ilmu Kebatinan pula, Silat Lintau yang diajar di Pasir Puteh, Kelantan ini lebih menekankan kepada amalan yang ditinggalkan oleh junjungan Nabi Muhammad S.A.W. seperti Al-Ma'surat dan lain-lain. Penekanan diberi kepada ilmu tauhid, memantapkan akidah para pesilat yang belajar di gelanggang kami.

Silat Lintau ini mempunyai penamatnya. Namun, setelah dikaji penamatnya mempunyai tempoh masa yang agak lama seperti 10 tahun sehingga 15 tahun bergantung kepada guru Silat tersebut. Oleh yang demikian, murid ditamatkan sendiri oleh gurunya setelah melihat kepada kebolehan dan kemahiran yang ada pada anak muridnya.

Kesimpulannya, pelbagai jenis cara dapat dilakukan sebagai cara untuk mempertahankan diri. Salah satunya ialah dengan mempelajari ilmu persilatan. Akan tetapi, seni mempertahankan diri adalah untuk mempertahankan diri bukan untuk menunjukkan kehebatan dan kehandalan individu. 

Tuesday 16 July 2013

SELAMAT DATANG KE KELAS SILAT LINTAU

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog AKADEMI SENI SILAT LINTAU.

Blog ini akan memaparkan segala aktiviti-aktiviti serta pemberitahuan kepada ahli Akademi Seni Silat Lintau. Di samping itu blog ini juga akan memaparkan info dan artikel tertentu mengenai Silat untuk disajikan kepada pengunjung blog.

Blog ini terbuka kepada sesiapa sahaja terutamanya peminat-peminat Silat Melayu, ahli-ahli Kelas Silat Lintau digalakkan untuk sentiasa berkunjung ke sini.

Sekian Terima Kasih.

~Dr. Kamal Shah Sutan Rajo Sati~
Guru Utama/Presiden PERSILEK.